Jumat, 15 Mei 2009

BIOLOGI

PROGRAM SAINS BIOLOGI

Kehidupan manusia bergantung kepada sumber alam termasuk organisma lain, dan keupayaan manusia untuk meneruskan dan membangunkan masyarakat bertamadun bergantung kepada penggunaan dan pengurusan sumber tersebut secara mampan dengan bijaksana.

 

Ilmu Biologi membekalkan maklumat tentang struktur dan fungsi hidupan, saling interaksi antara organisma, dan antara organisma dengan sekitarannya. Sebagai khalifah di bumi ini, manusia perlu mengetahui dan memahami Biologi, supaya prihatin dan arif dalam penggunaan, pengurusan dan pemuliharaan sumber-sumber biologi untuk generasi masa hadapan.

 

Pengajaran dan penyelidikan Biologi di Fakulti berkisar di sekitar perimbangan penggunaan dan pembaharuan sumber-sumber alam termasuk sumber genetik, untuk menampung pertambahan penduduk sambil memelihara mutu kehidupan yang tinggi. 
   
  
OBJEKTIF
 
Program Biologi bertujuan untuk menghasilkan ahli biologi yang mempunyai asas yang kukuh serta pelbagai kemahiran praktikal dan kognitif lain yang perlu dalam kerjaya yang berasaskan biologi.

 


Tidak ada komentar:

Posting Komentar